Saturday, August 28, 2010

Hai ! Saya pemilik baru belog ni



Hai auntie-auntie,uncle-uncle semua.Nama kita Ahmad Farhan Faisal.Kita pemilik baru belog ni.mama kita busy la meeting sana sini.Mama busy sikit sekarang sebab dia tengah amek phD.dah la Cantik comel,pandai pulak tu.Bangga kita tau.Dekat rumah mama selalu ajar mengaji tau.kita dah pandai baca alif ba ta.

Ekceli,eh terspeaking pulak kita.Mama kita amek kita ni jadi anak angkat dia.Baik kan hati mama.Dia tak sampai hati tengok kes-kes buang baby yang melampau-lampau sekarang ni.Tu yang mama amek kita.

Waktu mama junpa kita,kita ni comot dan kelaparan.*macam iklan sabun tu pulak.Sebenarnya,umur kita baru 4 hari la.Tapi dah pandai menaip kan,Pelik jugak kita ni.Rasa-rasanya kita ni genius mcm Adi putra la.Bukan yang pelakon tu tau.Mama selalu publish saya di facebook dia.Malu saya walaupon saya tak tau facebook tu apa sebenarnya.Jom tengok rumah saya nak tak?




Ni la bilik air kita ! tapi mama tak bagi mandi kalau tadek dia.Baik btol mama kan.Padahal mama tak tau farhan ni dah pandai berenang macamLee Chong WeiDaniel Beego.Mama sabun kita dengan sabun Carry Junior dan syampu kita guna syampu Johnson Baby.Tu yang selalu tak sabar nak mandi lagi ni.Eh,mandi pon pakai puting la,lupa plk nk buang.





Ni bilik tidor kita.Kosong lagi sebab mama tak ready nak ade anak lagi kot.Kita kan tiba-tiba je ade.Harap-harap mama cat bilik farhan ni nanti dengan Nippon Paint sebab farhan dah bercadang nak belajar menulis kat dinding.Mama tak boleh marah sebab farhan belajar,bukan melakukan vandalisma.Bilik kita gelap sebab kita rasa mama lupa bayar bil la bulan ni.



Ni pulak halaman rumah kita.Mama dgn daddy kita kaya,tu yang beli rumah yang laman besar-besar.Tapi mama tak kasi kita main sebab mama cakap nanti kasut kotor.Mama ni,baik sangat la.



Semalam kita kena amek vaccine.Mama tipu,cakap sakit sikit je bila dokter inject.Mama tipu.Rupa-rupanya sakit nak mati.Walaupon mama peluk-peluk,cium2 kita tapi sakit jugak.Mama pujuk nak belikan PSP klu kita baik.Mama ni! layan kita mcm kita ni dah akil baligh plk.





Kat sini la mama amik farhan.Mula-mula kena bersaing dengan ramai orang.Ade Sofea Derrina,Fahkrul Dinie,yang kulit tak berapa nak putih tua nama dia Xavier
Ir.Urban kan nama dia?tapi sebab farhan buat muka paling gorjes sekali,Mama plih farhan.Mama suka panggil farhan,"An".Tapi farhan lagi suka kalau mama panggil Farhan,Roy.Baru la macam bunyi kasonava.Cool.




Tengok ni!mama cakap nak pegi study.Oh,tipu ye.main facebook pulak.Nak kena babab mama ni ye.

Takpe la auntie,uncle,kita kena pura-pura tidor ni.Nanti mama balik dia pengsan pulak kalau tengok kita menaip.Yela,umur 4 hari.baring je la mampu buat kan.Harap-harap la mama jaga farhan sampai farhan besar.Farhan tak sanggup lagi jadi anak yang terbuang.Terima kasih mama.Love u !




Regards,
Ahmad Farhan Faisal Abdullah.







Friday, August 27, 2010

Jom Tengok Gambar Telampau ! Bukan pramugari okeh

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
..
.
Ha,menggelupur masing-masing nak tengok ye.HAHA.Ish3.bulan puasa ni kan.Bawak-bawak la bersabar sampai berbuka dulu.


Nota Ringkas : Sepatutnya waktu ni aku study untuk test esok sebab dlm hp dah buat reminder.Ala,boleh snooze 5 minit lagi kan.Sape la yang cipta Finance ni.Dah aku kena belajar kau.Cipta la lepas aku balik cuti nanti !Aku nak balik raya la !*emo tiba-tiba*


Alamak!Dah terlebih 5 minit.takpe,boleh snooze lagi.
Bai !

Thursday, August 26, 2010

Cowwwwy la kawan-kawan.Kitew takde masa nax update blog ni.


Aku nak muntah dan geli bila orang buat-buat pelat.*sambil tekan keyboard kuat-kuat yang menandakan betul-betul tak suka*Eja sorry jadi sowy,eh tak boleh eja elok-elok ke beb?Pelat macam lidah tu terlipat dua.Cacat betol.Oh,di kesempatan ini,saya ingin meminta maaf kepada rakan-rakan yang sering saya caruti dan cacat kan.Tiada niat langsung di hati murni ini.

Sekarang saya sangat sibok untuk hapdet belog hari-hari.Padahal online facebook,main menatang farmville,pet society,baby adopter tu terlebih masa pulak kan.Dasar penjajah,penuh dengan alasan!

Beberapa bulan yang lalu,saya rasa ingin bersara daripada dunia penulisan belog ni kerana kekurangan idea falsafah mahupun falsampah (rasanya sembilan puluh tiga perpuluhan enam enam peratus melibatkan entri falsampah). I CAN'T DO THIS ANYMORE! I CANNOT EAT BREAD WITHOUT MARGERINE YOU KNOW!

Ha,tengok2,baru nak upload gambar,nk cerita panjang-panjang internet dah slow macam kuda patah kaki.Buang semangat orang btol la.

Gambar Rajnikanth ni boleh pulak upload.Arrrgh.Bengang btol dengan line internet.Baidewey,handsome kn dia.



Dahlah,malas nk taip.Bai !

p/s - kepada sape-sape yang terasa diri dia handsome dan kaya hari ni,boleh la mengirimkan kepada saya air tebu baramg sebungkus dua sebab saya mengidam nak minum.
p/sss - woi ! tak nampak ke aku da renovate belog ni.Tak tidor malam tadi tau.
p/sssss - pegi la add fesbuk Rajnikhant

Dah la,nak pegi main farmville dulu !










Wednesday, August 25, 2010

Ape kaitan kad raya,harga minyak,dengan iklan cokelat Cadbury?

Hai u'ollls.Sori la.Memang lama gilllllaaaaak tak hapdet belog bucuk ni.Template pon bosan je kan.Bosan macam tengok cerita yang berunsurkan neolitik politik.Warna belog ni pon macam kain buruk.Buruk lalu berbau.Tapi jangan bau masa bulan puasa ni okeh.Nanti terbatal,ai tanak gantikan puasa u tu.

Semalam masa pergi shopping2 di Hock kee seng barang dapur untukmemasak untuk suami berbuka puasa,pegi la singgah kt department*bajet besar jek ade department bagai*yang ade KAD RAYA .Wow!*muka excited macam first time tengok iklan cadbury yang angkat-angkat kening tu.*Gila banyak kad raya.Tapi harga kad raya dah mahal sekarang.So aku di sini ingin membuat hipotesis iaitu jika harga minyak naik,maka kad raya pon naik jugak regenya.Haish.Baik aku buat senirik!tapi................tak pandai.

Terhingat masa zaman skolah2 dulu.Sekarang pon sekolah lagi la.im still 17 okeh.Masa tu kalau ikut ibu pergi beli baju raya,mesti mata jeling-jeling kat area kad raya.nak beli masa tu tak pegang duit sendiri lagi.Duit yang simpan2 pon habes beli pelekat dengan kad-kad nama yang ntah pape tu.termenyesal pulak.haha.Mak aku ni pulak keras hati,bukannya nak kesian kt anak dia yang cantik ni.Dah buat muka kesian habes pon nk mintak beli kad raya,tapi dia buat0buat tak dengar pon.Naseb baik ade hero.Ayah aku memang akan jadi hero kalau bab-bab yang mengarut ni.Nak pergi lawatan la,ape la,Semuanya ditanggung beres.Sebab tu tak kesah klu ayah aku dera suruh urut dia sampai tertidor.

Bila dah dpt peluang beli,aku amek kesempatan,beli 5 bundle trus u..Ha,mn la mak aku tak bising.Dalam list nak bagi 5-6 orang jek.Tapi sebab beli banyak,kena la bagi kat ramai orang.Kat nenek aku yang tak pandai baca tu pon aku bagi.Sebab klu tak habes aku dah tak dapat beli kad raya dah taun depan.Haha.Lawak plk bila pikir masa kecik-kecik dulu.Merengek-rengek mintak mak aku beli overall buat baju raya.Ntah pape.

Agak-agak macam ni agaknya overall yang aku pakai dlu kan.nth papeCool jugak.



baju raya taun ni !




 

Blog Template by YummyLolly.com