Sunday, July 25, 2010

Please please please kamu jangan nakal

Pada suatu petang yang damai,ada seorang perempuan yang tak comel,muka berjerawat,berperut gendut dan tak suka sikat rambut sedang bersiap-siap untuk mandi.Sedang beliau bernyanyi-nyanyi lagu Alif Aziz.Walaupon tak berapa menggemari lagu itu,beliau tetap meneruskan nyanyian itu kerana rasa seperti menghafal lagu itu adalah kewajipan anak-anak muda di kala ini.

Beliau masuk ke bilik air dengan niat untuk mandi pagi walhal jam sudah menunjukkan jam 6.00 pm.Sedang beliau mandi dengan girang sambil menyental daki-daki di badan menggunakan berus sabut yang langsung tidak menyakitkan,tiba-tiba beliau terasa seperti tidak sedap hati.Perasaan yang wujud apabila makan cokelat dengan mulut masih bersisa air liur basi.Tapi beliau tetap meneruskan pemandian(ada ke ayat pemandian?pemanian berhadas ada la kan.haha).Walaupon hati gusar,hampir separuh shower foam dia dah gunakan.

Beliau terasa seperti ada mata-mata yang memerhatikan beliau walaupon beliau tahu,di bilik air itu tiada sebarang lubang untuk memberi peluang kepada si pengskodeng kecuali lubang jamban.
Rupa-rupanya ada makhluk hijau yang sedang leka memerhatikannya daripada beliau memasuki kamar mandi.

Tahik punya katak!! berserta dengan carutan-carutan sampingan yang tak manis di dengar.

Tiba-tiba rasa macam nak sambung cerita lain kali pulak sebab mood tiba-tiba hilang sebab(berapa puluh banyak kali sebab nth kau Ada!)ada suara-suara sumbang cakap yang Justin Bieber tu tellutubbies versi pondan.Frust btol la!Dah la.korang sambung la crita tu sendiri.Bai ! (Sambil pasang lagu Baby)

0 ekor jin gonjeng:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com