Friday, November 19, 2010

Ade belog macam tadek belog.



Sorry sangat sbb dah lama gilaaaak tak hapdet belog.biasala,pelajar cemerlang kan.haruslah study je 24 jam.okeh,tu tipu.aku banyak sangat tengok movie lately sampai power mata dah naik sampai 300.gilers btoih.

Disebabkan musim exam,aku stress.Bila aku stress,muka aku akan ditumbuhi anasir yang disebut jerawat.Bodoh sungguh jerawat itu.Masa muka aku macam alien ni la aku dapat offer utk buat photoshoot for a day di kuantan.Utk portfolio ape nth.Tapi disebabkan muka yang nth pape ni,aku tak yakin lalu terpaksa menolak offer tersebut.Sorry abg man.Lenkali offer lagi okeh.Hihi.*gelak comel bagi mengampu abg man.

ini quick update ekceli.So,tadek ape nak ckp.ha,lupa nak crita.Ramai yang dah tau aku dah pindah ke asrama kan.Baru-baru ni,bilik aku masuj dek orang.A
pe la naseb kami kan.Dlu ms duduk rumah sewa,orang masuk,ni duduk asrama pon nk masuk jugak.Lelaki.bayangkanlah.Pukul 4 pagi boleh masuk bilik kami.Berani yang amat.

Lelaki tu pakai tudung dgn harapan orang tak cam la dia.Kepala hotak sungguh.Badan straight macam lelaki lagi mau sorok.Sungguh nth pape.Dia masuk siap check locker lagi.Nasib baik kawan aku yg tgh study terpusing dan nmpk dia masuk.Bodoh punya pencurik.

Baidewey,aku nak cakap,keselamatan asrama tak terjamin langsung sebenarnya.Kau hire la 100 org pakguard pon tp kalau tak berkawal,main farmville kt post
guard,tak guna jgk beb.

Sori,sedang kejar masa.Nak solat jumaat.HAHA


excited.tak faham btoi.




ha.jerawat berlambakan.bongok!

Saturday, August 28, 2010

Hai ! Saya pemilik baru belog ni



Hai auntie-auntie,uncle-uncle semua.Nama kita Ahmad Farhan Faisal.Kita pemilik baru belog ni.mama kita busy la meeting sana sini.Mama busy sikit sekarang sebab dia tengah amek phD.dah la Cantik comel,pandai pulak tu.Bangga kita tau.Dekat rumah mama selalu ajar mengaji tau.kita dah pandai baca alif ba ta.

Ekceli,eh terspeaking pulak kita.Mama kita amek kita ni jadi anak angkat dia.Baik kan hati mama.Dia tak sampai hati tengok kes-kes buang baby yang melampau-lampau sekarang ni.Tu yang mama amek kita.

Waktu mama junpa kita,kita ni comot dan kelaparan.*macam iklan sabun tu pulak.Sebenarnya,umur kita baru 4 hari la.Tapi dah pandai menaip kan,Pelik jugak kita ni.Rasa-rasanya kita ni genius mcm Adi putra la.Bukan yang pelakon tu tau.Mama selalu publish saya di facebook dia.Malu saya walaupon saya tak tau facebook tu apa sebenarnya.Jom tengok rumah saya nak tak?




Ni la bilik air kita ! tapi mama tak bagi mandi kalau tadek dia.Baik btol mama kan.Padahal mama tak tau farhan ni dah pandai berenang macamLee Chong WeiDaniel Beego.Mama sabun kita dengan sabun Carry Junior dan syampu kita guna syampu Johnson Baby.Tu yang selalu tak sabar nak mandi lagi ni.Eh,mandi pon pakai puting la,lupa plk nk buang.





Ni bilik tidor kita.Kosong lagi sebab mama tak ready nak ade anak lagi kot.Kita kan tiba-tiba je ade.Harap-harap mama cat bilik farhan ni nanti dengan Nippon Paint sebab farhan dah bercadang nak belajar menulis kat dinding.Mama tak boleh marah sebab farhan belajar,bukan melakukan vandalisma.Bilik kita gelap sebab kita rasa mama lupa bayar bil la bulan ni.



Ni pulak halaman rumah kita.Mama dgn daddy kita kaya,tu yang beli rumah yang laman besar-besar.Tapi mama tak kasi kita main sebab mama cakap nanti kasut kotor.Mama ni,baik sangat la.



Semalam kita kena amek vaccine.Mama tipu,cakap sakit sikit je bila dokter inject.Mama tipu.Rupa-rupanya sakit nak mati.Walaupon mama peluk-peluk,cium2 kita tapi sakit jugak.Mama pujuk nak belikan PSP klu kita baik.Mama ni! layan kita mcm kita ni dah akil baligh plk.





Kat sini la mama amik farhan.Mula-mula kena bersaing dengan ramai orang.Ade Sofea Derrina,Fahkrul Dinie,yang kulit tak berapa nak putih tua nama dia Xavier
Ir.Urban kan nama dia?tapi sebab farhan buat muka paling gorjes sekali,Mama plih farhan.Mama suka panggil farhan,"An".Tapi farhan lagi suka kalau mama panggil Farhan,Roy.Baru la macam bunyi kasonava.Cool.




Tengok ni!mama cakap nak pegi study.Oh,tipu ye.main facebook pulak.Nak kena babab mama ni ye.

Takpe la auntie,uncle,kita kena pura-pura tidor ni.Nanti mama balik dia pengsan pulak kalau tengok kita menaip.Yela,umur 4 hari.baring je la mampu buat kan.Harap-harap la mama jaga farhan sampai farhan besar.Farhan tak sanggup lagi jadi anak yang terbuang.Terima kasih mama.Love u !




Regards,
Ahmad Farhan Faisal Abdullah.







Friday, August 27, 2010

Jom Tengok Gambar Telampau ! Bukan pramugari okeh

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
..
.
Ha,menggelupur masing-masing nak tengok ye.HAHA.Ish3.bulan puasa ni kan.Bawak-bawak la bersabar sampai berbuka dulu.


Nota Ringkas : Sepatutnya waktu ni aku study untuk test esok sebab dlm hp dah buat reminder.Ala,boleh snooze 5 minit lagi kan.Sape la yang cipta Finance ni.Dah aku kena belajar kau.Cipta la lepas aku balik cuti nanti !Aku nak balik raya la !*emo tiba-tiba*


Alamak!Dah terlebih 5 minit.takpe,boleh snooze lagi.
Bai !

Thursday, August 26, 2010

Cowwwwy la kawan-kawan.Kitew takde masa nax update blog ni.


Aku nak muntah dan geli bila orang buat-buat pelat.*sambil tekan keyboard kuat-kuat yang menandakan betul-betul tak suka*Eja sorry jadi sowy,eh tak boleh eja elok-elok ke beb?Pelat macam lidah tu terlipat dua.Cacat betol.Oh,di kesempatan ini,saya ingin meminta maaf kepada rakan-rakan yang sering saya caruti dan cacat kan.Tiada niat langsung di hati murni ini.

Sekarang saya sangat sibok untuk hapdet belog hari-hari.Padahal online facebook,main menatang farmville,pet society,baby adopter tu terlebih masa pulak kan.Dasar penjajah,penuh dengan alasan!

Beberapa bulan yang lalu,saya rasa ingin bersara daripada dunia penulisan belog ni kerana kekurangan idea falsafah mahupun falsampah (rasanya sembilan puluh tiga perpuluhan enam enam peratus melibatkan entri falsampah). I CAN'T DO THIS ANYMORE! I CANNOT EAT BREAD WITHOUT MARGERINE YOU KNOW!

Ha,tengok2,baru nak upload gambar,nk cerita panjang-panjang internet dah slow macam kuda patah kaki.Buang semangat orang btol la.

Gambar Rajnikanth ni boleh pulak upload.Arrrgh.Bengang btol dengan line internet.Baidewey,handsome kn dia.



Dahlah,malas nk taip.Bai !

p/s - kepada sape-sape yang terasa diri dia handsome dan kaya hari ni,boleh la mengirimkan kepada saya air tebu baramg sebungkus dua sebab saya mengidam nak minum.
p/sss - woi ! tak nampak ke aku da renovate belog ni.Tak tidor malam tadi tau.
p/sssss - pegi la add fesbuk Rajnikhant

Dah la,nak pegi main farmville dulu !










Wednesday, August 25, 2010

Ape kaitan kad raya,harga minyak,dengan iklan cokelat Cadbury?

Hai u'ollls.Sori la.Memang lama gilllllaaaaak tak hapdet belog bucuk ni.Template pon bosan je kan.Bosan macam tengok cerita yang berunsurkan neolitik politik.Warna belog ni pon macam kain buruk.Buruk lalu berbau.Tapi jangan bau masa bulan puasa ni okeh.Nanti terbatal,ai tanak gantikan puasa u tu.

Semalam masa pergi shopping2 di Hock kee seng barang dapur untukmemasak untuk suami berbuka puasa,pegi la singgah kt department*bajet besar jek ade department bagai*yang ade KAD RAYA .Wow!*muka excited macam first time tengok iklan cadbury yang angkat-angkat kening tu.*Gila banyak kad raya.Tapi harga kad raya dah mahal sekarang.So aku di sini ingin membuat hipotesis iaitu jika harga minyak naik,maka kad raya pon naik jugak regenya.Haish.Baik aku buat senirik!tapi................tak pandai.

Terhingat masa zaman skolah2 dulu.Sekarang pon sekolah lagi la.im still 17 okeh.Masa tu kalau ikut ibu pergi beli baju raya,mesti mata jeling-jeling kat area kad raya.nak beli masa tu tak pegang duit sendiri lagi.Duit yang simpan2 pon habes beli pelekat dengan kad-kad nama yang ntah pape tu.termenyesal pulak.haha.Mak aku ni pulak keras hati,bukannya nak kesian kt anak dia yang cantik ni.Dah buat muka kesian habes pon nk mintak beli kad raya,tapi dia buat0buat tak dengar pon.Naseb baik ade hero.Ayah aku memang akan jadi hero kalau bab-bab yang mengarut ni.Nak pergi lawatan la,ape la,Semuanya ditanggung beres.Sebab tu tak kesah klu ayah aku dera suruh urut dia sampai tertidor.

Bila dah dpt peluang beli,aku amek kesempatan,beli 5 bundle trus u..Ha,mn la mak aku tak bising.Dalam list nak bagi 5-6 orang jek.Tapi sebab beli banyak,kena la bagi kat ramai orang.Kat nenek aku yang tak pandai baca tu pon aku bagi.Sebab klu tak habes aku dah tak dapat beli kad raya dah taun depan.Haha.Lawak plk bila pikir masa kecik-kecik dulu.Merengek-rengek mintak mak aku beli overall buat baju raya.Ntah pape.

Agak-agak macam ni agaknya overall yang aku pakai dlu kan.nth papeCool jugak.



baju raya taun ni !




Sunday, July 25, 2010

Please please please kamu jangan nakal

Pada suatu petang yang damai,ada seorang perempuan yang tak comel,muka berjerawat,berperut gendut dan tak suka sikat rambut sedang bersiap-siap untuk mandi.Sedang beliau bernyanyi-nyanyi lagu Alif Aziz.Walaupon tak berapa menggemari lagu itu,beliau tetap meneruskan nyanyian itu kerana rasa seperti menghafal lagu itu adalah kewajipan anak-anak muda di kala ini.

Beliau masuk ke bilik air dengan niat untuk mandi pagi walhal jam sudah menunjukkan jam 6.00 pm.Sedang beliau mandi dengan girang sambil menyental daki-daki di badan menggunakan berus sabut yang langsung tidak menyakitkan,tiba-tiba beliau terasa seperti tidak sedap hati.Perasaan yang wujud apabila makan cokelat dengan mulut masih bersisa air liur basi.Tapi beliau tetap meneruskan pemandian(ada ke ayat pemandian?pemanian berhadas ada la kan.haha).Walaupon hati gusar,hampir separuh shower foam dia dah gunakan.

Beliau terasa seperti ada mata-mata yang memerhatikan beliau walaupon beliau tahu,di bilik air itu tiada sebarang lubang untuk memberi peluang kepada si pengskodeng kecuali lubang jamban.
Rupa-rupanya ada makhluk hijau yang sedang leka memerhatikannya daripada beliau memasuki kamar mandi.

Tahik punya katak!! berserta dengan carutan-carutan sampingan yang tak manis di dengar.

Tiba-tiba rasa macam nak sambung cerita lain kali pulak sebab mood tiba-tiba hilang sebab(berapa puluh banyak kali sebab nth kau Ada!)ada suara-suara sumbang cakap yang Justin Bieber tu tellutubbies versi pondan.Frust btol la!Dah la.korang sambung la crita tu sendiri.Bai ! (Sambil pasang lagu Baby)

Two Is Better Than One


Hai awak awak awak dan awak! Dah lama kita tak jumpa kan.Saya tau awak awak awak rindu saya kn.Awwwww..Haha.Sila abaikan tajuk sebab takde kena mengena pon sebenarnya.Segan-silu dengan belog ni sebab sumpah dah lama gila tak usik dia.Sori sayang,aku lama sangat abaikan kau.Sampai nak taip entry ni pon fikir banyak kali.Ini first entry aku lepas berbulan-bulan lamanya.Semua entry lama aku dah campak dalam lubang jamban sebab aku rasa baik tiada kenangan langsung tentang masa dlu.Aku rasa macam makin kuat sebab hari-hari minum milo.Milo tiruan.Kokocrunch tiruan,semuanya tiruan.

Kepada kawan-kawan yang mengada-ngada komplen suruh update belog.Ni ha!aku da update.
Hambek kau.
 

Blog Template by YummyLolly.com